New Post!



  • Sinopsis: Menceritakan tentang kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim yang bernama Grace Field House. Mereka dijaga oleh seorang pengasuh  yang bernama Isabella. Mereka hidup dengan aman dan bebas untuk melakukan apa saja. Namun ada satu pekara yang mereka tidak boleh lakukan iaitu keluar daripada rumah itu.

    Akan tetapi, satu hari seorang  yang kanak -kanak yang bernama Conny dihantar untuk dijadikan anak angkat. Setelah dia keluar dari rumah anak yatim itu, dia di ikuti oleh dua orang kawannya yang bernama Emma dan Norman untuk memberi semula patung arnab kesayangannya yang bernama Bernie yang tertinggal di rumah itu. Semasa Emma dan Norman menyelinap keluar dari rumah itu, mereka ternampak Conny telah mati dan melihat kenyataan mengerikan bahwa kanak-kanak di Grace Field House adalah kanak-kanak yang sengaja diternak untuk dijadikan sebagai makanan bagi orang kaya. Kemudian, kanak-kanak itu merancang untuk melarikan diri dari rumah itu dengan hanya beberapa bulan yang tinggal untuk mengubah nasib mereka yang sangat mengerikan.

    Genres: Sci-fi, Mystery, Horror, Shounen

    Yakusoku no Neverland Ep 1 Malay Sub

    0


  • Sinopsis : Seorang pemuda bernama Hyakkimaru berusaha untuk memburu iblis. Sebelum Hyakkimaru lahir, dia memiliki ayah yang sangat tamak. Dia ialah seorang raja di zaman Feodal. Ayah Hyakkimaru membuat perjanjian dengan 40 iblis untuk menjadikannya menjadi lebih kuat. Namun sebagai balasannya, iblis mahukan anggota badan Hyakkimaru. Akibatnya Hyakkimaru lahir tanpa tangan, kaki, mata, telinga, hidung dan mulut. Kemudian, ayahnya membuangnya ke sungai.

    Hyakkimaru akhirnya diselamatkan oleh seseorang yang bernama Dr.Honma. Dr.Honma membuat anggota tubuh palsu untuk Hyakkimaru dan mengajarkannya caranya untuk menewaskan Iblis. Setiap kali Hyakkimaru berjaya menewaskan satu iblis, maka satu anggota badannya akan kembali. Maka bermulalah pengembaraan Hyakkimaru untuk mendapakan semula anggota tubuhnya.

    Genres: Action, Adventure, Demons, Historical, Shounen, Supernatural

    Sumber: Myanimelist.net


    Dororo Ep 1 Malay Sub

    0

  •  Ada satu lagenda urban yang mengatakan bahawa Dewa Kematian boleh membebaskan seseorang  itu daripada derit rasa sakit. Malaikat Maut itu bernama Boogiepop. Dan lagenda tentang itu betul. Boogiepop sebenarnya wujud. Semasa berlaku insiden kehilangan pelajar di Sekolah Shinyo, Piahk Polis dan Pihak Sekolah hanya menganggap itu sebagai insiden melarikan diri yang biasa. Namun, beberapa pelajar lebih tahu tentang perkara itu, dan sesuatu yang misteri berlaku. Adakah itu adalah perbuatan Boogiepop atau sesuatu yang lebih menyeramkan?


    Genres: Psychological, Mystery, Horror


    Boogiepop wa Warawanai Ep 1

    0
  • - Copyright © 2013 Kawaii Fansub - K-ON!! - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -